Dek kerana keinginan untuk berkahwin satu lagi, seorang lelaki bergelar ustaz sanggup melarikan seutas rantai dari sebuah kedai emas, baru-baru ini.

Menerusi rakaman CCTV, lelaki itu datang ke kedai emas tersebut untuk membeli barang kemas dipercayai sebagi hantaran untuk majlis perkahwinannya.

Pekerja kedai emas itu telah memberi seutas rantai emas seperti yang diminta suspek.

Suspek secara tiba-tiba malarikan rantai tersebut bersama seorang wanita dengan menaiki sebuah kereta Perodua Alza berwarna biru.

Pekerja kedai emas cuba mengejar suspek tetapi gagal.

Sementara itu, satu laporan telah dibuat oleh pemilik kedai tetapi suspek dilepaskan dengan jaminan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.