Kepayahan hidup zaman dahulu menyebabkan ada keluarga sanggup menyerahkan anak mereka kepada keluarga lain untuk dibesarkan dalam keadaan yang lebih elok. Kadang kala anak diserahkan kepada keluarga yang berbeza agama dan perkara ini dialami sendiri oleh pelakon Adam Corrie Lee.
Selepas terpisah selama 36 tahun akhirnya Adam dapat bertemu kembali dengan adiknya Shahrizah Hussein, 10 tahun yang lalu. Pertemuan dengan adiknya dalam majlis akikah anaknya tempoh hari membuatkan Adam terpanggil untuk berkongsi kembali kisah mereka.
Dibesarkan dalam keluarga Muslim
Ini adik lelaki saya, Shah. Kami terpisah selama 36 tahun, sejak beliau dilahirkan. Jumpa semula 10 tahun lalu.
Alhamdulillah Shah dibesarkan keluarga muslim sebagai muslim.
Alhamdulillah sekarag beliau sudah berusia 46 tahun. Masih bujang. Jadi dalam keluarga saya, saya dan adik saya Shah sahaja yang muslim.
Allah berikan hidayah Islam kepada hambaNya dlm pelbagai cara. Ada yang bertuah, lahir dalam keluarga Islam.
Ada yang perlu menjadi cahaya Islam bertahun-tahun baru dapat cahaya Islam. Ada yang di hujung nyawa Allah campakkan hidayah Islam pada diri mereka.
Walau bagaimana cara pun kita menerima hidayah… yang penting kita istiqamah dlm hidup ini sebar kebaikan pada semua.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie
Cari kawan baik, jumpa adik kandung
Mengimbas kisah pertemuan kembali dengan adiknya ujar Corrie memetik laporan MStar Online sebelum ini dia memang mengetahui mempunyai seorang adik lelaki tetapi hal itu senyap begitu sahaja. Malah keluarga juga tidak berusaha untuk mencari.
Namun Corrie mengklasifikasikan jejak kasih beliau dengan adiknya itu ibarat “Lain yang dicari, lain yang didapatnya” kerana pertemuan mereka berlaku dalam keadaan tidak dirancang.
“Ikutkan saya nak mencari kawan baik saya iaitu Rahim melalui temubual di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro kerana dia merupakan orang pertama yang membawa saya ke masjid.
“Di dalam temubual itu, hos waktu itu memberikan peluang kepada saya untuk memberikan kata-kata akhir jadi saya gunakan kesempatan itu untuk mencari rakan saya yang terpisah.
“Jadi, yang membuatkan saya terkejut adalah bukan kawan saya yang muncul sebaliknya adik saya,”ujarn yang bertemu adiknya pada Oktober 2009.