Penyanyi antarabang, Lorde membuka pakaian luarnya yang jarang dan meninggalkan coli sukan saja pada bahagian atas tubuhnya ketika membuat persembahan secara langsung kerana cuaca yang dikatakan terlalu panas.
Penyanyi kelahiran New Zealand berusia 21 tahun itu membuat persembahan sempena We The Fest, di Jakarta malam tadi.
Walaupun dalam keadaan cuaca panas, Lorde tetap menampilkan persembahannya dengan stamina tinggi.
Membahang dan berpeluh, namun Lorde tetap meneruskan persembahannya dengan bertenaga di Jakarta sempena We The Fest pada malam tadi.
Malah dalam cuaca yang sebegitu pemenang Anugerah Academy itu tetap menampilkan persembahannya dengan stamina tinggi.
“Berada di sini untuk kali pertama membuatkan saya gugup,” kata penyanyi itu dan dipetik Tempo hari ini.
We The Fest ialah acara tahunan melibatkan pertunjukan seni, muzik, fesyen dan makanan yang diadakan saban tahun sejak 2014.
Bagi kategori muzik pelbagai genre dipersembahkan termasuk pop, rock, indie dan muzik elektronik.
Lorde sempat menyampaikan pelbagai lagu popularnya seperti Sober, Magnets, Liability dan Homemade Dynamite.
Untuk membeli jiwa peminat Lorde turut bercakap menggunakan beberapa pakat perkataan bahasa Indonesia, seperti “terima kasih” dan “selamat malam”.