KUALA LUMPUR – “Jangan lupa saya ialah Presiden Umno dan BN dengan 13 parti komponen, kata Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas mengenai wang tunai RM116 juta yang dirampas pihak berkuasa ketika serbuan di kediamannya.

Sebelum ini, bekas perdana menteri keenam itu memberitahu wang tersebut merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum.

Sehubungan itu, ketika ditanya dalam satu wawancara oleh Malaysiakini, tentang penemuan wang tersebut selepas PRU14 pada 9 Mei, Najib menjawab:

“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos kempen pilihan raya sebenarnya dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan kepada anda.

“Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

Bahkan Najib turut memetik nama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyerahkan wang RM1.4 bilion kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti Umno merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada Tun Abdullah dalam bentuk aset dan wang tunai. Itu tercatat.

“Jadi, dalam konteks itu, ia wang yang dijumpai itu adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan,” katanya.

Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4 bilion berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu:

“Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan segera oleh parti,” jelas Najib.

Bagaimanapun, Najib itu memberitahu, terdapat duit miliknya dalam wang berjumlah RM116 juta yang ditemui pihak polis dalam 26 mata wang yang berbeza itu.

Ada beberapa wang milik saya sendiri kerana saya telah ke luar negara lebih 30 tahun. Tetapi ada juga sumbangan yang diberi dalam mata wang asing.

“Ada sesetengah orang lebih suka menyumbang dalam mata wang asing,” ujar ketua Umno bahagian Pekan itu.

Bercakap mengenai wang yang disimpan di Pavilion Residence, Najib menjelaskan, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa berikutan keputusan PRU14.

“Semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Kami terpaksa mengosongkan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dan Seri Perdana dalam masa dua jam.

“Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang dibina oleh pemimpin saya yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada bilik kebal yang direka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.