Kerajaan kehilangan kira-kira RM100 juta dari segi pendapatan hasil pembidaan nombor pendaftaran khas kenderaan di bawah pentadbiran BN terdahulu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata, “ketirisan” berlaku apabila kerajaan, ketika di bawah pentadbiran BN sebelum ini mengeluarkan nombor khas itu kepada badan bukan kerajaan dan syarikat untuk dijual dengan harga tender sebanyak RM1 juta bagi setiap siri.

“Satu siri katakan kita kumpul RM5 juta. Dah terdapat 30 lebih kali (siri sebelum ini).

“(Ini bermakna) sudah lebih RM100 juta leakages yang sepatutnya kerajaan kutip,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sidang akhbar itu untuk mengumumkan hasil pembidaan bagi siri nombor pendaftaran khas ‘Malaysia’, yang dikeluarkan oleh kementerian itu bersempena dengan bulan Merdeka.

Beliau berkata siri itu menyaksikan nombor plat pendaftaran ‘Malaysia 1’ dibida pada harga RM1,111,111 atau RM1.11 juta sekali gus menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah.

Nombor ‘Malaysia 1’, ‘Malaysia 2’ dan ‘Malaysia 4’ telah dibida oleh syarikat Aldi International Sdn Bhd.

Menurutnya, jumlah jualan semua 10 nombor khas tertinggi bagi ‘Malaysia’ adalah bernilai RM3.6 juta.

“Hari ini kita buktikan dengan hanya 10 nombor sahaja, kita boleh raih RM3.6 juta, katanya.

Beliau turut mengumumkan nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’ dikhaskan untuk kenderaan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.