Terbuka berkongsi mengenai hubungannya dengan seorang ahli perniagaan, Nelydia Senrose memberitahu dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. Dalam masa sama, beliau berharap hubungan kali ini bakal berakhir ke jinjang pelamin.

“Sememangnya sejak daripada dahulu lagi saya sentiasa serius dalam perhubungan dan meletakkan harapan agar ia berkesudahan dengan sesuatu yang baik. Saya memang bersedia untuk mengakhiri sesebuah hubungan itu senang cerita sebuah ikatan perkahwinan”

“Namun perkara itu semua bergantung pada jodoh. Buat masa sekarang saya tidak mahu mengulas lanjut lebih mengenai hubungan saya dengan kekasih kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, menerusi Twitter Nelydia dengan gembiranya berkongsikan sebentuk cincin yang diberikan sang kekasih ketika bercuti di luar negara. Tidak silap sebelum itu, sekeping gambar beliau dan jejaka tampan itu turut tersebar.

Akibat pecah tembelang, agaknya Nelydia sudah malas mahu pusing cerita dan mengakui hubungan cinta yang terjalin. Tak sabar rasanya mahu melihat Nelydia naik pelamin, pastinya perkahwinan pelakon ini antara yang dinantikan peminat!

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.