SEORANG wanita sanggup minum air kencing anjing peliharaannya kononnya ia dapat mengubati masalah jerawat yang dialaminya.
Aksi menjijikkan wanita itu, Lynn Lew, telah dirakamkan.

Dalam rakaman berkenaan, dia yang memakai solekan tebal di muka, mendakwa air kencing binatang berkenaan membantu menjadikan kulitnya bersinar secara semula jadi.

Malah Lynn mendakwa kononnya air kencing tersebut boleh mengubati kanser.

“Ramai antara kamu yang bertanya bagaimana saya mengekalkan solekan saya dengan menjadikan ia sebagai sempurna atau bagaimana menjadikan wajah saya berseri,” katanya yang kemudiannya menadah cawan plastik di celah kangkang anjing itu ketika binatang tersebut kencing, lalu terus minum.

“Air kencing anjing mengandungi vitamin A dan E dan 10 gram kalsium,” katanya yang mendakwa minum air kencing manusia atau binatang dikenali sebagai terapi air kencing dan diamalkan oleh zaman purba.

Namun pakar tidak bersetuju dengan pandangannya Lynn itu malah memberi amaran ia boleh menyebabkan penyakit kerana mengandungi toksid dan racun. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.