Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpendapat tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana rakyat tidak ambil kisah sama ada janji mereka itu ditunaikan atau tidak.

“Media tanya saya berkenaan 100 hari kerajaan PH. Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto.

“Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” cuitnya di Twitter, hari ini.

Khairy percaya, apa yang penting kepada rakyat ialah BN ditumbangkan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diturunkan daripada terus mentadbir negara.

Malah, katanya rakyat juga berkata “lebih baik dari kamu (Umno-BN) dulu” dan “tak dapat tunai sebab hutang yang ditinggalkan BN.”

Justeru, katanya Umno dan BN hari ini terpaksa mencari naratif dan hujah baru.

“BN-Umno perlu halatuju baharu. Kepimpinan mesti berada di hadapan kelok perubahan.

“Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on,” katanya.

Hari ini genap 100 hari pentadbiran PH menerajui Putrajaya selepas menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.