Seorang pengguna laman sosial, Syahir menyifatkan langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedikit demi sedikit, setersnya menghapuskannya sebagai tindakan yang amat tidak wajar.

Menurut Syahir, PH telah mengembalikan subsidi minyak yang menguntungkan orang kaya yang menggunakan kereta mewah dan mahu mengurankan program subsidi bersasar seperti BR1M yang banyak membantu golongan yang memerlukan.

“Inilah kerajaan yang suka hina orang miskin dan percaya dengan stereotaip “orang miskin semuanya pemalas”.

“Negara maju seluruh dunia sekarang semuanya bercakap tentang program pemberian tunai (cash transfer) macam Universal Basic Income, Minimum Guaranteed Income dan Negative Income Tax,” katanya menerusi kemaskini di Facebook.

Pada masa yang sama, Syahir turut menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih berfikiran kuno kerana menganggap program pemberian tunai adalah ‘tongkat dan suapan’ yang menyebabkan rakyat malas dan bergantung kepada kerajaan.

“Banyak kajian di negara lain menunjukkan bahawa program pemberian tunai terus kepada golongan memerlukan membantu mengurangkan bebanan hidup, menggalakkan mereka mencari kerja dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Janganlah hina golongan miskin sebagai pemalas dan bergantung kepada Kerajaan. RM1,200 setahun hanya RM200 sebulan. Bagi mereka tambahan tunai ini boleh meringankan beban mereka di samping mereka bekerja siang dan malam untuk menyara kehidupan,” katanya.

Dalam nada menyindir, Syahir berkata bukan semua rakyat Malaysia yang betul-betul beruntung seperti Tun Mahathir yang dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang kaya-raya.

“Bukan semua orang ada kawan boleh derma kuda. Bukan semua orang ada anak billionaire dapat kontrak Petronas dan Telekom. Bukan semua orang ada cucu boleh bela haiwan eskotik dalam rumah,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.