PETALING JAYA: Pakatan Harapan menamakan bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Halimey Abu Bakar, sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N32 DUN Seri Setia.
Pengumuman dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Petaling Jaya, sebentar tadi.
Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.
Pada PRU14 lalu, Allahyarham Shaharuddin memperolehi undian majoriti sebanyak 19,372 dan menewaskan calon daripada BN, Datuk Yusoff M.Haniff, Pas, Mohd Daud Ghazali dan Bebas, S Vigneswaran.
PRK DUN Seri Setia akan berlangsung serentak dengan PRK DUN Balakong, dan menyaksikan buat pertama kalinya Pakatan Harapan menggunakan logonya, yang baru sahaja diluluskan.
Loading...