SEHARI selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak puas hati dengan kehadiran menteri dan timbalan menteri di Dewan Rakyat, hari ini dewan itu ditangguhkan selama 10 minit kerana tidak cukup korum.

Sebaik Dewan Rakyat disambung semula selepas rehat makan tengah hari, Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB- Kapit) bangun menggunakan peraturan mesyuarat membangkitkan mengenai mesyuarat tidak cukup korum.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudiannya mengarahkan persidangan itu ditangguhkan selama 10 minit sehingga cukup korum.

Datuk Ismail Mohd Said (BN-UMNO Kuala Krau) secara berseloroh menegur Ahli Parlimen penyokong kerajaan berkata: “Apa la… baru PM tegur semalam.”

Dewan Rakyat disambung semula selepas selepas kehadiran cukup korum, 35 orang.

Semalam Dr Mahathir menyatakan rasa tidak puas hati dengan tahap kehadiran anggota Kabinet ke Parlimen.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi mereka menjalankan tugas di Parlimen.

“Saya tidak pernah berpuas hati dengan semua perkara, namun Menteri dan Timbalan Menteri perlu meningkatkan prestasi kehadiran mereka di Dewan Rakyat dan mereka perlu ada alasan yang kukuh untuk tidak hadir,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.