SERI KEMBANGAN – Taktik sebuah pusat hiburan di Taman Serdang Perdana, di sini, yang dipercayai menggajikan wanita warga asing sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) bagi menarik pengunjung digempur.

Modus operandi itu dibongkar dalam Ops Mega 3.0 kira-kira jam 2 pagi tadi, hasil maklumat dan risikan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, seramai 38 warga asing membabitkan warga Bangladesh dan Vietnam serta seorang lelaki tempatan lingkungan 20 hingga 30-an ditahan.

“Siasatan mendapati tangkapan melibatkan 34 wanita bekerja sebagai GRO di premis terbabit.

“Semakan juga mengesahkan, warga asing ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan melanggar syarat pas,” katanya.

Beliau mendedahkan, selain terdapat bayaran kalungan bunga, GRO ini juga akan memberikan layanan ghairah dalam bentuk tarian dan sebagainya kepada pelanggannya untuk berhibur.

Tambahnya, malah pihaknya juga tidak menolak kemungkinan GRO ini boleh dibawa pulang oleh pelanggan untuk khidmat seks di hotel-hotel bajet berdekatan.

“Malah, kita juga mengesan wujudnya sindiket kahwin kontrak GRO ini dengan warga tempatan bagi membolehkan mereka memiliki pas lawatan jangka panjang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.