Sejak kebelakangan ini, semakin ramai artis Malaysia memilih melakukan gimik apabila ingin melancarkan single, album atau video muzik terbaharu mereka.

Gimik sebegini mula dibuat oleh penyanyi Nabila Razali dan kemudiannya Haqiem Rusli. Jika Nabila menggunakan gimik ‘kecurangan’ pelakon Aedy Ashraff terhadapnya, Haqiem pula dikatakan menggunakan ‘depresi’ sebagai gimik pelancaran.

‘Pernikahan’ Daiyan sebelum ini mendapat liputan akhbar-akhbar arus perdana, justeru ramai mempercayai bahawa Daiyan benar-benar bernikah semalam (19 Ogos).

Malah, sewaktu dihubungi penyampai Radio Era, Raden, Daiyan mengakui akan bernikah tarikh itu walaupun enggan bercerita tentang calon suaminya.

Bagiamanapun, pada hari yang diperkatakan, Daiyan telah memuat naik status di Instagram memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak bertunang atau bernikah pada 19 Ogos, sebaliknya gambarnya seolah-olah mengenakan busana pernikahan ialah gambar muka hadapan singlenya

Susulan itu, Daiyan Trisha pula menerima kecaman Netizen yang merasakan gimik ‘pernikahan’ yang digunakan untuk memperkenalkan singlenya sebagai tidak perlu dan ‘macam tahi’.

Tweet asal tersebut kini telah mendapat lebih 11 ribu RT yang secara majoriti kesal dengan gimik perkahwinan tersebut yang dianggap sama serius seperti menggunakan gimik kemurungan untuk pelancaran lagu. – beautifulnara.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.