Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan selepas ditangkap kerana makan biskut tanpa izin.

Ketika kejadian, Gregory Fields, 42, dari San Francisco yang merupakan pesalah bagi pertuduhan vandalisme 2017, sedang menghidangkan makan tengah hari kepada golongan gelandangan di The Salvation Army, Light Centre sebagai sebahagian daripada program pemulihan daripada kes yang dihadapinya dua tahun lalu.

Menurut laporan, NBC News, Fields dikatakan makan biskut tanpa izin dan diminta untuk meninggalkan program pemulihan atau boleh kembali semula ke programnya dengan syarat dia terpaksa bermula dari awal serta tidak boleh menghubungi keluarga atau rakan-rakan selama 30 hari.

Pejabat Pembelaan Awam menerusi kenyataan media berkata, Fields tidak mahu terpisah daripada dunia luar buat kali kedua tanpa sebab yang kukuh dan ingin pulang ke pangkuan keluarganya selain mengakui bebas daripada pengambilan dadah selama tiga bulan.

Fields dikatakan cuba untuk kembali menyertai kumpulan dalam program pemulihan dadah yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Awam tetapi telah dihalang kerana dia dilaporkan telah mendapat program rawatan pesakit luar walaupun sebenarnya tidak ditawarkan apa-apa alternatif.

Isnin lalu, Fields menolak untuk kembali semula ke program pemulihan semasa sesi pendengaran dan dia ditahan di penjara daerah oleh Hakim Michael Begert atas hukuman penjara enam bulan.

Sementara itu, Timbalan Pembelaan Awam San Francisco, Dana Drusinksy yang juga peguambela Fields dalam satu kenyataan minggu lalu berkata, keputusan itu sangat tidak seimbang dengan kesalahan pengambilan makanan ringan tanpa izin dan tindak balas terhadap pengadilan itu sangat rendah, tidak produktif serta tidak berperikemanusiaan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.