Calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Mohammad Noor Mohammad berjanji akan memindahkan kelab malam The Zouk dari kawasan majoriti Melayu, sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau berkata, Zouk tidak sesuai dibuka di Jalan Tun Razak yang terletak di bawah Parlimen Titiwangsa, kerana statistik menunjukkan kawasan berkenaan mempunyai 71 peratus pengundi Melayu.

Katanya, operasi di kelab The Zouk langsung tidak menghormati sensitiviti Islam.

Malah, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan berkata, lokasi pusat hiburan itu juga membawa masalah kesesakan lalu lintas teruk kepada penduduk setempat, khasnya pada waktu malam.

“Dari jam 10 malam ke atas, kita boleh lihat sendiri kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan dan menyusahkan penduduk yang mahu masuk ke kawasan Desa Pandan.

“Lebih menyedihkan terdapat anak muda Islam yang turut menjadikan lokasi itu sebagai tempat berhibur sehingga awal pagi,” katanya seperti dilapor portal tempatan.

Mohammad pernah bertanding di Titiwangsa sebelum ini, tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dengan kelebihan 1,513 undi pada 1999 dan majoriti 11,815 undi pada 2004

Namun kali ini, PAS yakin mampu menang di Titiwangsa kerana Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menghadapi masalah dari segi pemilihan calon dan perebutan kerusi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.