Hiburan

Zarina Anjoulie buka tudung, berpakaian jarang di kelab malam?

By Faizul Lazim

August 31, 2018

Beberapa hari lepas, Zarina Anjoulie menjadi bahan kecaman Netizen kerana tindakannya memuat naik tulisan menghentam pakar buah pinggang Dr Rafidah Abdullah berhubung produk yang dijualnya.

Terbaru, gambar pelakon yang dikenali dengan drama Anak Pontianak itu telah dimuat naik ke Instagram oleh kawan baiknya, Fathia Latiff.

Dalam gambar itu, Zarina dilihat tidak mengenakan tudung dan berpakaian jarang, sambil pinggangnya dipaut oleh penyanyi Ismail Izzani. Kedua-duanya dipercayai mengunjungi sebuah kelab malam.

Fathia menyebut nama akaun Ismail Izzani dan meminta remaja itu menghubungi Zarina, yang merupakan kawan baik Fathia.

Bagaimanapun, Fathia telah memadam gambar tersebut dari akaunnya apabila mula dihujani komen menghentam Zarina yang tidak bertudung dan berpakaian seksi. Malah kini, Fathia juga telah menutup komen di Instagramnya.

Walaupun begitu, sebagai seorang selebriti, apa yang dimuat naik di media sosial akan kekal di Internet selamanya. Gambar itu sempat disalin oleh seorang pengguna Twitter yang memuat naik salinan itu dua jam lepas dengan komen, ‘caught you (tangkap awak)’.

Sehingga kini, ia telah diretweet lebih 400 kali.