Sejak semalam, selebriti yang kini bergelar usahawan produk intim, Zarina Anjoulie memuat naik post dan video bertalu-talu menjelaskan isu produknya yang dikatakan sampah oleh seorang doktor.

Zarina atau dikenali dengan nama Anju sangat lantang mempersoalkan kewajaran doktor tersebut yang mendakwa produk pencuci dan semburan intimnya tidak berguna langsung untuk kesihatan. Hal itu membuatkan Zarina mengeluarkan segala bukti farmaseutikal serta mengecam doktor tersebut.

Isu ini bermula apabila Dr.Rafidah menjawab soalan yang dikemukan oleh netizen berkenaan produk sampah yang pernah diamalkan oleh ramai orang hingga mengakibatkan penyakit berbahaya seperti sakit buah pinggang, diabetes dan lain-lain.

Banyak produk telah disebut oleh pengguna hinggalah ada seorang netizen menjelaskan mengenai produk sampah yang dikaitkan dengan Zarina.

Setelah berdiam diri selama dua hari, akhirnya Zarina tampil menjelaskan bahawa produknya telah melalui pengesahan makmal, tidak mengandungi bahan berbahaya serta sangat berguna untuk kegunaan intim wanita.

Dalam video tersebut juga jelas Zarina mahu menghadiahkan set produknya kepada Dr.Faridah bagi membuktikan kesahihan kata-katanya.

“Aku nak kasi Doctor ni her glory. Ur like d rip off version of Doctor Amalina woman. Social climbing ur way. Kau ibarat fake Gucci anak ikan aku tu.”

Menurut Zarina, ramai yang membeli produknya sangat berpuas hati dengan impaknya. Jika ada kes terpencil sekalipun, mungkin kerana mereka sudah berpenyakit tetapi degil tidak mahu bertemu dengan doktor.

Bagi Zarina, pakar perubatan sepatutnya bersama-sama menggembleng tenaga dan idea bagi menghasilkan produk bagus untuk membantu masalah pengguna, bukannya men’sampah’kan produk usahawan.

Ramai pengikut Zarina bersetuju dengan pandangannya termasuklah rakan baiknya, Fathiya Latiff bahawa doktor sekadar tahu bercakap semata-mata.

Dasyat betul penerangan Zarina mengenai produk intimnya ini hingga menyerang peribadi individu tersebut.

Bagaimanapun, dia telah memadam post mengenai Dr.Rafidah dan hanya meninggalkan bukti serta pengesahan KKM sahaja di Instagramnya.

Diharapkan isu ini tidak berlanjutan lebih jauh. Semoga kedua-dua pihak dapat mencari penyelesaian terbaik untuk kebaikan sejagat. – CARI

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.