PETALING JAYA ― Zalfa Zin memohon maaf berikutan tersebar semula video lama iklan temuramah berunsur lucah yang dilakonkannya.

Pelakon Mona Lisa itu berkata walau tidak mahu, beliau diminta bertanyakan soalan tanpa berlapik tentang “barang baik”, lapor mStar Online.

“Saya bersetuju kerana beberapa individu yang saya tanya itu juga ‘talent’ [pelakon] yang dibayar untuk berlakon dalam iklan itu,” katanya.

“Pada waktu itu saya memang tidak mahu tetapi terpaksa kerana sudah dibayar.”

Zalfa, 25, nama pentas Norzafifah Mohd Zain antara lain bertanya dalam klip video 15 minit 18 saat itu apa istilah “barang baik” bagi lelaki.

Individu yang ditemuramah, juga seorang pelakon dalam iklan itu, mengatakan “barang baik” bagi dirinya payudara seorang wanita.

“Biasanya kita tengok yang besar, tegang dan anjal,” kata lelaki itu dalam klip video yang diterbitkan pada April tahun lalu.

Video itu kini disebar semula sejak minggu lalu dan beliau menjadi sasaran kritikan pengguna internet yang menyifatkannya menjatuhkan maruah wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.