pencuriSusulan kejadian curi di sebuah butik di Parit Raja, Johor netizen telah menyebarkan gambar wanita dipercayai suspek utama kejadian itu.

Salah seorang suspek dikenali sebagai Wawa Haffiz, berusia dalam lingkungan 20-an.

Menurut sumber, wanita yang sudah berumah tangga itu merupakan pekerja salon di kompleks beli belah di Batu Bahat.

fb-wawa-hafiz

wawa-haffiz-pencuri

wawa-haffiz

Seorang lagi suspek dikenali sebagai Yaya Fiyya. Bagaimanapun, idenditi Yaya belum dapat dipastikan.

yaya-fiyya-pencuri

Sementara itu, dua lagi suspek masih lagi dikesan.

Dalam kejadian semalam, butik Blackcube Rich mengalami kerugian hampir RM2,000 selepas beberapa barang kosmetik yang dijual dicuri oleh sekumpulan wanita.

Suspek dipercayai mengambil beberapa barangan dan memmasukkan ke dalam coli serta beg tangan sebelum kesemua mereka meninggalkan premis itu.

Difahamkan, pemilik butik berkenaan telah membuat laporan polis untuk diambil tindakan terhadap empat suspek tersebut.

LEAVE A REPLY