Seorang wartawan penyiaran wanita ‘merah padam’ mukanya apabila kamera tersiar aksi dia sedang membetulkan sesuatu di celah kelangkangnya dalam siaran secara langsung.

Insiden cukup memalukan Sara Eisen itu berlaku ketika dia belum bersedia ke udara menerusi program Bloomberg News di sini pada Jumaat sehingga mencetuskan sensasi dalam kalangan penonton stesen televisyen tersebut.

Menurut laporan media tempatan, wartawan itu sebenarnya sedang membetulkan gajet mikrofon kecil yang telah dimasukkan dalam bajunya menerusi bawah skirt mini dipakainya apabila tiba-tiba didapati gagal berfungsi.

Bagaimanapun ketika dia masih lagi leka memasukkan gajet tersebut di celah pahanya, kamera tanpa diduga sudah pun menghala tepat ke arah Sara yang belum bersedia sehingga menampakkan dengan jelas kelangkang wanita itu.

Insiden separa lucah itu menjadi viral di media sosial apabila video aksi selamba Sara membetulkan ‘pad‘ wanita tersebut kemudian dimuat naik menerusi laman sosial Imgur sehingga ditonton lebih 370,000 kali.

LEAVE A REPLY