Alor Gajah – Hasrat seorang warga emas untuk pulang ke rumah selepas menghantar kad jemputan kahwin anaknya tidak kesampaian setelah maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka- Jasin (AMJ) Pengkalan di sini, hari ini.

Dalam kejadian lebih kurang jam 2.30 petang, mangsa yang dipercayai baru selesai menghantar kad di kawasan Pengkalan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai, Rembia.

Sumber berkata, ketika tiba ditempat kejadian, motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa dipercayai keluar dari simpang sebelum bergesel dengan sebuah lori Isuzu yang dipandu lelaki berusia 49 tahun dari arah yang sama.

“Akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan teruk dbahagian kepala dan mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, SuperintendanA.Asmadi Abdul Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

LEAVE A REPLY