Kota Bharu – Warga Kolej Poly Tech Mara, di sini kecoh dengan penemuan janin bayi dalam bakul sampah di sebuah bilik di asrama pelajar perempuan institut pengajian tinggi tersebut hari ini.

Janin yang sudah cukup sifat dan dipercayai lelaki itu ditemukan oleh warden asrama berkenaan kira-kira pukul 3 petang.

Difahamkan sebelum penemuan janin bayi itu, warden asrama terbabit terdengar perbualan beberapa pelajar yang mendakwa ternampak kesan darah di atas katil salah seorang penghuni bilik itu.

Susulan itu, dia membuat pemeriksaan di bilik berkenaan dan menemukan kain cadar dipenuhi darah dalam baldi sebelum menemukan beg plastik berisi janin bayi di dalam bakul sampah di bilik yang sama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan penemuan janin bayi tersebut.

LEAVE A REPLY