Seorang wanita yang didakwa kesunyian meluahkan hasratnya untuk mengupah sesiapa yang boleh menyamar menjadi anak perempuannya untuk sebuah percutian.

Menurut laporan Shanghaiist, Li Yanling, 63 meluahkan hasratnya tersebut di laman sosial China dan pelayar ‘naik gila’ kerana tawaran yang diberikan.

Selain pelawaaan bercuti ke Hainan yang ditanggung, Li juga menawarkan sebuah telefon pintar iPhone 7 untuk individu yang menerima pelawaannya.

“Saya tinggal seorang diri di Zhengzhou. Saya ingin seorang wanita muda umur 19 hingga 24 tahun untuk teman saya (pergi bercuti), berbual dan ambil foto dengan saya,” kata Li.

Perkongsian Li pantas viral dan beribu-ribu netizen berebut untuk meneman Li tanpa mengharapkan sebarang bayaran.

“Saya tak perlukan telefon itu tapi saya boleh teman awak, dan saya akan bayar perbelanjaan saya sendiri, asalkan awak tidak merasa sunyi,” kata seorang pelayar wanita.

Tetapi Li bukanlah hidup sebatang kara. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang telah berpindah ke Canada manakal suami seorang ‘kaki hiking’.

“Suami saya ada rakan hiking sendiri dan saya tak mahu ganggu anak saya (di Canada),” jelas Li.

LEAVE A REPLY