Walaupun dia menghidap sakit mental tapi tak patut keluarganya mengurung Peng, 45 di bilik kurungan bawah tanah yang dibina sendiri dalam keadaan yang sangat kotor. Peng ditemui pihak berkuasa selepas jirannya mengambil gambar keadaan Peng dan memuat naik di media sosial 28 Julai lalu.

Tujuan jirannya berbuat demikian adalah untuk meminta pandangan orang ramai apa yang patut dilakukan untuk selamatkan Peng. Peng sudah keluar masuk hospital untuk menerima rawatan semenjak 2012 namun semuanya gagal. Jadi, keluarganya buat keputusan untuk mengurungnya.

Selepas pihak berkuasa meneliti rekod perubatan Peng, Peng mempunyai peningkatan apabila berada di hospital. Malangnya setiap kali dia pulang ke rumah, keadaannya semakin teruk hingga memecahkan tingkap rumah jiran, merosakkan harta benda dan sebagainya.

LEAVE A REPLY