Wang Kertas RM20 Akan Diguna Semula | Blog Berita Online

Wang Kertas RM20 Akan Diguna Semula

January 13th, 2012 0 Comments Bisnes

Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.

BNM sebelum ini mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012.Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun. Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia, kata BNM dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut kenyataan tersebut, siri wang kertas itu juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.

Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baharu itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.

Dalam membuat persediaan untuk mengeluarkan siri baharu mata wang ini, BNM akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baharu ini berjalan lancar.

Katanya vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baharu itu0 dengan mudah.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post