KUALA LUMPUR – Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun memutuskan untuk melepaskan keseluruhan kepentingan beliau dalam T7 Global Bhd. bagi menamatkan sebarang kontroversi lanjut berkenaan isu tersebut.

Media sebelum ini melaporkan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Vincent Tan muncul sebagai pemegang saham utama T7 Global dengan mengambil alih sebanyak 22.2 juta saham atau 5.29 peratus kepentingan.

Menurut Vincent Tan, pengambilalihan saham dalam T7 Global itu tidak berkait dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak membatalkan pembinaan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Beliau menafikan tuduhan dan menyifatkan laporan sedemikian sebagai berniat jahat bertujuan mengaitkan beliau dengan kronisme bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan di Putrajaya. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.