Video viral kononnya penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan Cina semalam, dipercayai akan diselesaikan secara baik.

ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang mewakili pasangan tersebut dikhabarkan telah menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada penguatkuasan wanita MBSA yang berkenaan.

Hal ini menurut sumber, adalah salah faham berikutan pasangan berkenaan keliru dengan pakaian seragam yang digunakan anggota MBSA berkenaan, yang menurut pasangan berkenaan sama seperti pakaian seragam badan beruniform sekolah.

Oleh yang demikian, menyangkakan pelajar sekolah cuba bergurau dengan memberikan saman, pasangan berkenaan juga bergurau semula tanpa menyedari mereka adalah penguatkuasa MBSA yang sebenarnya.

Justeru, MBSA juga, atas arahan kerajaan negeri, telah mengarahkan kakitangan penguatkuasaan yang berkenaan untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan sebagai kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau tindakan tatatertib dikenakan.

Hal ini akan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu campur tangan pihak polis. MBSA juga akan menukar pakaian seragam anggota penguatkuasanya untuk mengelakkan salah faham.

5 COMMENTS

  1. Kurang ajar ..!!! kelunturan integriti yang paling buruk di kalangan pegawai atasan kerajaan dan rasuah yang paling bahaya sehingga melembikkan jentera kerajaan …. mana marwah dan jharga diri ???????

  2. Pandai kaki fitnah..awak ni mesti pencacai umno atsu walakontol pas…cina tu dah kena penjara 14 hari dan denda RM3,000 setiap org…

  3. sedih betoi la alasan lgsg x logik..kalau foreighner bole la bg alasan bodoh cmtu..ni local people bg alasan bangang cmtu..huh…x jelas lagi ke depan mate ..?buktinye cine ni pandang melayu boleh di beli dgn duit..termasuk lah skali ngan PBT.. mane maruah penguatkuasa tu..?suruh penguatkuasa tarik repot sama dgn menjatuhkan MARUAH MBSA sndri..tuih..

LEAVE A REPLY