nazim-othman-bedah-otakBeberapa hari yang lalu aktor kacak Nazim Othman ada memuat naik satu video rakaman pembedahan otaknya. Difahamkan Nazim telah menjalani proses tersebut setahun yang lalu.

Pada masa yang sama menerusi ruang komen video itu, sejumlah 500 pengikut hero Lara Aishah telah memberikan kata-kata semangat dan doa kepadanya.

Sementara hampir 150 ribu orang menonton video tersebut, kapsyen Nazim pula menulis, bahawa hidup ini tiada yang kekal abadi dan tidak seorang pun yang boleh melemahkan semangatnya.

#sumber Instagram Nazim Othman

LEAVE A REPLY