Naib juara program realiti Pencetus Ummah (PU) tahun 2014 dituduh mencederakan penceramah wanita di sebuah sekolah tahfiz di Kota Damansara dekat sini dua bulan lalu kerana marah.

Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, lapor Kosmo!.

Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, di Sekolah Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi pukul 2.30 petang pada 29 September lalu.

Ahmad Faiz Hafizuddin didakwa menurut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang menjatuhkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Beliau menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semua kes.

LEAVE A REPLY