(VIDEO) Penyokong Kelantan Bayar Duit Syiling Pada FAM

By | August 14, 2014

Bukan mahu menyindir sesiapa tetapi ia merupakan simbolik terhadap nasib Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua tahun enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Itu kata Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Wan Badri Wan Omar ekoran tindakan penyokong Kelantan yang mengumpul RM2,124 bagi membayar perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 4 April lalu.

Wang tersebut diserahkan kepada FAM, semalam.

“Pemberian wang ini bukan mahu sindir sesiapa tetapi sebagai tanda sokongan kepada Annuar daripada kelab penyokong Kelantan.

“Penyokong berasa terpanggil untuk membantu beliau setelah melihat apa yang berlaku, ini adalah inisiatif daripada semua peminat bola sepak Kelantan, ” katanya.

Wan Badri ditemui selepas menyerahkan RM2,124 di Pejabat Kewangan FAM sambil ditemani beberapa ahli jawatankuasa kelab penyokong Kelate.net, semalam.

Daripada jumlah itu, RM261 adalah syiling manakala selebihnya adalah wang kertas.

Sejumlah besar syiling yang asalnya berjumlah RM900 telah ditukar di lapangan terbang kerana masalah untuk dibawa menaiki penerbangan.

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply