Tonton video penuh Anugerah Juara Lagu 2017 AJL 31 secara online. Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu kali ke 31 telah melabuhkan tirai pada Ahad 22 Januari 2017 bertempat di Dewan Merdeka, PWTC bermula pada jam 9.00 malam Ahad menerusi saluran TV3. Sekalung tahniah diucapkan kepada Dayang NurFaizah kerana telah menjuarai Anugerah kemuncak apabila dinobatkan sebagai Juara AJL kali ke 31 dengan Lagu Berjudul Lelaki Teragung. Selain itu, Dayang Nurfaizah juga memenangi Anugerah Vokal terbaik buat 3 tahun berturut-turut. Manakala naib juara pula disandang oleh Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip. Tempat ketiga, Sudah Ku Tahu – Projektor Band. Manakala satu lagi Anugerah iaitu Persembahan terbaik disandang oleh Hang Pi Mana – Khalifah. Terdahulu, seramai 12 lagu berentap pada malam Anugerah AJL 31.

Video Penuh Anugerah Juara Lagu 2017 AJL 31 Online

Selamat Menonton

LEAVE A REPLY