Hashtag #RevivalTourMalaysia terus menjadi trending di laman sosial sejak semalam ketika konsert sedang berlangsung di Stadium Malawati, di sini.

Ramai pengguna media sosial memuji cara pemakaian penyanyi, Selena Gomez yang dilihat sopan dan menghormati budaya Malaysia.

Bagi pengguna Twitter @HayusSays, dia berkata, mungkin artis Malaysia boleh belajar berpakaian sopan daripada Selena. Beberapa pengguna media sosial yang lain turut sependapat dengan @HayuSays.

Retis malaysia boleh belajar cara selena dress up https://t.co/rEBTAJh3RS

— Noah (@hayusays) July 25, 2016

i think she dressed up better than most of our local celebrities tho #REVIVALtourMalaysia pic.twitter.com/LmHjrPbjDc

— afika : (@trishagic) July 25, 2016

Selena tampil bersahaja dengan T-shirt lengan panjang dan seluar polos warna gelap pada konsert #RevivalTourMalaysia semalam yang berdurasi selama 90 minit.

Konsert tersebut menjadikan impian peminat Selena untuk melihat beliau beraksi di Malaysia menjadi realiti, selepas beliau membatalkan konsert ‘Stars Dance Tour’, sebelum ini.

Selena mempertaruhkan lagi ‘Same Old Love’ sebagai tirai pembukaan konsert.

Sebaik sahaja habis lagu tersebut, Selena terus memikat hati peminat Malaysia, dengan lagu ‘Come And Get It.’

Jeritan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Selenators’ terus menggegarkan Stadium Malawati dengan jeritan tanpa henti sepanjang konsert berlangsung.

LEAVE A REPLY