Orang ramai di Besut diminta tidak panik dengan kejadian paip air utama yang pecah akibat banjir di Sungai Jertih di sini, petang tadi kerana ia tidak menjejaskan bekalan air mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU) Ir Atemin Sulong berkata, paip air bersih bersaiz 900 milimiter (mm) dari Loji Bukit Bunga (Jerteh)ke Bukit Puteri (Kg Raja), di sini, pecah akibat tiangpenyokong paip patah dirempuh kayu dipercayai balak yang dihanyutkan banjir.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak akan menjejaskan bekalan air kepada penduduk di Besut dan pihaknya sudah menggunakan paip alternatif bersaiz 600mm bagi menyalurkan air ke kawasan bekalan.

“Kejadian ini tidak akan menyebabkan gangguan bekalan air sebaliknya pengguna mungkin akan berdepan masalah tekanan air sedikit rendah berbanding biasa.

“Ketika ini, sumber air yang disalurkan ke paip berkenaan sudah dihentikan bagi mengelak pembaziran,” katanya.

Menurutnya, walaupun tiada paip alternatif untuk membekalkan air kepada pengguna, hanya 8,000 daripada keseluruhan lebih 30,000 pengguna di Besut akan mengalami gangguan bekalan.

“Bagaimanapun kerja pembaikan belum dapat dilaksanakan berikutan banjir dan arus kuat selain hujan lebat,” katanya.

LEAVE A REPLY