Berang dirinya diraba pengacara sebuah rancangan televisyen, seorang model bikini, Rayssa Teixeiro Melo mengamuk sebelum menumbuk hos tersebut.

Perbuatan hos itu menyebabkan Rayssa terus berlalu pergi meninggalkan set program tv yang bersiaran secara langsung pada ketika itu.

Rayssa dijemput sebuah program tv di Brazil, Rabu lalu untuk menunjukkan cara-cara penggunaan krim badan yang mana dia telah memberikan peringatan kepada hos itu agar jangan sesekali menyentuh bahagian punggungnya.

Model itu hanya membenarkan hos terbabit memegang bahagian perut, tangan dan betisnya sahaja.

Sebaik hos itu menyentuh punggungnya, Rayssa terus menumbuk lelaki tersebut yang disifatkan sebagai tidak menghormati dirinya.

Rakaman insiden ini telah menjadi tular dan kebanyakan netizen memuji tindakan Rayssa yang mempertahankan dirinya daripada tindakan kurang bijak hos tersebut.

LEAVE A REPLY