Kota Bharu – Mat Tere yang dibebaskan selepas ditahan bagi bantu siasatan berhubung kes mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Institusi Diraja Johor menerusi video di Facebook, baru-baru ini, mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor.

Mat Tere atau nama sebenar, Muhammad Zul Apiz Baharom, 29, berkata, tiada kata yang boleh diluahkan selain berasa bersyukur selepas dibebaskan semalam.

“Saya dilayan dengan baik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun saya mengeluarkan kata kurang manis kepadanya.

BACA: TMJ Titah ‘Mat Tere’ Dibebaskan, Dihantar Pulang Ke Kelantan

BACA: ‘Dia Diperguna, Harap TMJ Dapat Maafkannya’ – Keluarga ‘Mat Tere’

BACA: (Video) Hina TMJ, ‘Mat Terey’ Menangis Ketika Ditahan Polis

“Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi dan meminta semua orang tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dendang, Ketereh, hari ini.

Rabu lalu, Mat Tere oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Dia kemudian dibawa ke IPK Johor Bahru selepas Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah mengeluarkan perintah reman pada 9 Februari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998.

LEAVE A REPLY