KUALA LUMPUR – Sebuah video bertajuk ‘Kari Kepala Ikan & Seluar Pendek’ yang diterbitkan enam tahun lepas kini kembali menjadi tular di dalam sosial sekali gus mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Dalam video berdurasi 3:35 minit itu, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu (Mat Sabu) bercerita tentang perjalanan yang dilalui mereka sepanjang penglibatan dalam arena politik tanah air.

“Kita hidup bersama bukan sahaja berbincang pandangan politik, tapi soal masak,” seloroh Guan Eng dalam video berkenaan yang menyukai air tangan Mat Sabu terutamanya kari kepala ikan.

Mat Sabu juga mengakui hubungan persahabatan mereka tidak pernah didasari oleh pangkat tetapi kesudian menghadapi perjuangan hidup yang mencabar bersama-sama.

Netizen beranggapan video itu telah menunjukkan sisi lain persahabatan antara mereka biarpun berlainan agama dan bangsa.

Rata-rata netizen berpendapat hubungan baik antara menteri itu harus menjadi contoh kepada rakyat Malaysia agar sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam keadaan harmoni dengan mengenepikan segala perbezaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan menteri kabinet yang menyaksikan Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan manakala Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dalam satu sidang media pada 12 Mei lalu.

Guan Eng dan Mat Sabu masing-masing pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987-1989.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.