Video Malaysia 3-2 Pakistan [Piala Sultan Azlan Shah 2012]
Malaysia bangkit dari ketinggalan 2 gol untuk membenam Pakistan 3-2 dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah sebentar tadi.
Pakistan membuka jaringan menerusi Umar Bhutta pada minit ke-4 sebelum Shafqat Rasool menambah satu lagi gol 8 minit kemudian. Ketika perlawanan hampir tamat di separuh masa pertama, pemain Malaysia iaitu Amir Farid merapatkan jurang gol menjadi 2-1 pada minit ke-35.
Di separuh kedua, Malaysia terus menggaandakan asakan ke kubu pertahanan Pakistan dan akhirnya Faisal Saari berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-48. Gol kemenangan Malaysia hadir pada minit-minit akhir perlawanan hasil pukulan sudut penalti Mohd Razie untuk kedudukan berkesudahan 3-2.
Incoming search terms:
Share this article
Sign up free email newsletter
Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:Don't forget to confirm your email subcription




