Video Lions XII 9-0 Sabah [Liga Super 2012] | Blog Berita Online

Video Lions XII 9-0 Sabah [Liga Super 2012]

June 16th, 2012 0 Comments Sukan

Liga Super pada musim ini mencatat sejarah buruk dalam rekod perlawanan apabila pasukan Lions XII dari Singapura membelasah Sabah 9-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.

Dengan kejayaan tersebut, Lions XII terus mengutip tiga mata penuh dan berada di kedudukan teratas liga dengan kutipan 47 mata selepas 23 perlawanan.

Pesta gol pasukan Lions XII bermula apabila Agu Casmir menjaringkan gol pertama pada minit ke-19 diikuti dua gol oleh Hariss Harun pada minit ke-22 dan 44.

Shahdan Sulaiman kemudianya menambah kedukaan pasukan lawan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-62 dan 64.

Baki empat gol skuad Lions XII lagi dijaringkan oleh Irwan Shah pada minit ke-68, Hariss Harun (73), Sufian Anuar (84) dan Shahrul Azhar menutup tirai jaringan pada minit ke-89.

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post