Khairul Hafiz Jantan dari Melaka memenangi acara 200m Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Stadium Sarawak, sebentar tadi dengan satu lagi rekod baharu kejohanan iaitu 21.03s.

Bagaimanapun catatannya itu tidak dapat memecahkan rekod kebangsaan yang dicipta oleh Tan Sri Dr M Jegathesan, 20.92s yang dirakamkan pada temasya Sukan Olimpik Mexico pada 1968.

Rekod baharu kejohanan yang dicipta oleh Khairul itu adalah yang kedua dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Petang semalam, dia merakamkan 21.14s, pada saingan separuh akhir bagi meleburkan catatan lama 21.33s yang dicipta Nazmizan Muhamad kira-kira 14 tahun lalu pada temasya SUKMA Sabah.

Keputusan:

1. Khairul Hafiz Jantan (Melaka) – 21.03s
2. Muhammad Aqil Yasmin (Selangor) – 21.31s
3. Jonathan Nyepa (Sarawak), 21.34s
4. Badrul Hisyam Abdul Manap (Melaka), 21.56
5. Tonga Jody Edmund (Sabah), 21.66
6. Muhammad Haikal Hanafi (Negeri Sembilan), 21.73
7. Mohd Ikmal Ismail (Perlis), 21.95
8. Muhammad Solihin Jamali (WP), 22.38

LEAVE A REPLY