Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun maut dirempuh sebuah kereta ketika cuba melintas jalan bersama adiknya berusia 5 tahun.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama adik beradik dan ibu cuba melintas jalan di zebra crossing.

Mangsa dan adiknya tiba-tiba berlari untuk melintas jalan namun berpatah balik selepas menyedari ada sebuah kereta laju datang ke arah mereka. Malangnya sudah terlambat menyebabkan kedua-dua mangsa dirempuh kereta tersebut di depan mata ibu mereka.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh seorang pemandu kereta yang memasang ‘dashcam’.

Mangsa yang berusia 6 tahun maut, manakala adiknya mengalami patah tulang dan lebam, dihantar ke hospital untuk rawatan.

Pihak polis memuat naik video kejadian itu sebagai peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati ketika melintas jalan raya.

LEAVE A REPLY