Saat-saat seorang wanita menghembuskan nafas terakhir ketika sedang membaca doa surah Yasin dalam satu majlis sempena Isra’ Misraj tersebar di media sosial.

Dalam video berdurasi 1 minit 21 saat itu, menunjukkan Puan Halimah pengsan ketika hampir selesai membaca doa. Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Video tersebut yang menjadi viral turut mendapat perhatian netizen di media sosial.

“Dia insan terpilih, perginya dalam keadaan yg mulia. Salam takziah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.Aamiin…”, kata Yaya Hafiz.

“Al-fatihah.. untung nye arwah pergi dalam keadaan khusnol khotimah.. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T”, kata Mohd Izrul.

Puan Halimah, seorang guru Al-Quran sering menjadi khalifah bagi majlis bacaan Yasin dan juga ketua memandikan jenazah bagi muslimat setempat.

Semoga roh almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

LEAVE A REPLY