Sejak semalam sebuah video yang telah dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Mohd Azizi telah menjadi viral di laman Facebook.

Dalam masa yang sama, Azizi turut memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan tindakannya yang telah menyelamatkan seekor anjing yang dalam kesakitkan dan kemungkinan mati selepas leher haiwan berkenaan telah ditusuk duri landak.

Menerusi rakaman video tersebut, dia telah cuba membuang duri landak berkenaan menggunakan sarung tangan kimpalan yang tebal kerana katanya risau digigit anjing tersebut semasa membuang duri landak berkenaan.

Dan akhirnya dia telah berjaya mengeluarkan duri landak berkenaan.

Tindakannya itu telah menarik perhatian netizen dari pelbagai bangsa di mana mereka memuji tindakannya yang menyelamatkan anjing berkenaan.

Syabas Mohd Azizi, tindakan anda patut menerima pujian.

LEAVE A REPLY