Semakin hari semakin ‘nazak’ nampaknya perangai remaja di negara ini apabila tanpa segan silu melakukan aksi yang memalukan untuk tontonan umum.

Apa yang lebih mengecewakan ialah si pelakunya merupakan remaja Melayu kita yang sepatutnya menjaga maruah diri serta aurat seseorang wanita selari dengan ajaran agama Islam.

Video yang dipercayai dirakam oleh rakannya itu menunjukkan seorang perempuan yang berusia sekitar 20-an duduk di atas sebuah motorsikal dengan memakai tuala di atas kepalanya.

Apa yang menimbulkan ketidakselesaan adalah dia dengan bangga menyatakan “Eee, tembamnya” sambil jarinya ‘menari-nari’ menunjuk ke arah kemaluan.

Menurut laman Cari.com, dipercayai mereka berkemungkinan berasal dari negeri Pantai Timur.

Netizen yang melihat rakaman ini meluahkan rasa marah dan ada juga ‘tag’ rakan dan keluarga bagi memberi peringatan supaya tidak melakukan aksi yang sama.

Perasaan sedih dan terkilan bercampur-baur bila memikirkan generasi muda yang biasanya langsung tidak memikirkan akibat dari sesuatu yang mereka lakukan.

Walaupun sekadar untuk mendapatkan keseronokan, ingatlah bahawa kita perlu menjaga aib diri sendiri serta keluarga. Jika wajah sudah tersebar begini, siapa yang harus dipersalahkan?

LEAVE A REPLY