Video Ferrari Rempuh Teksi Di Singapura
Ini adalah video amatur yang menunjukkan kemalangan melibatkan sebuah Ferrari 599 GTO dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua pemandu kenderaan serta seorang penumpang teksi maut di tempat kejadian. Kejadian ini berlaku di persimpangan antara Rochor Road dan Victoria Street di Singapura.
Sementara itu, pihak polis masih lagi melakukan siasatan berkenaan dengan kejadian ini. Saksi kejadian menyatakan bahawa pemandu Ferrari berkenaan tidak mematuhi lampu isyarat merah lalu melanggar teksi berkenaan sebelum merempuh sebuah motosikal.
Justeru, pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati, patuhilah peraturan di jalan raya dan hormat pengguna lain di jalan raya.
Share this article
Sign up free email newsletter
Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:Don't forget to confirm your email subcription




