Orang ramai sedang mendengar dan menonton celoteh DJ radio, Luis Manuel Medina yang kebetulan membuat siaran langsung menggunakan Facebook Live sebelum kedengaran dua bunyi tembakan.

Seorang wanita di lokasi kejadian kemudian menjerit dan pandangan Luis beralih kepada penyerangnya yang tidak kelihatan dalam kamera sebelum siaran langsung berakhir secara tiba-tiba.

Orang ramai kemudian dikejutkan dengan khabar Luis dan rakan kontinya, Leonidas Martinez ditembak mati ketika sedang menjalankan tugas.

Menurut laporan CNN, Luis sedang mengendalikan program ‘Milenio Caliente’ ketika kejadian.

Seorang lagi pekerja, Dayanna Garcia de Fernandez juga cedera ditembak dan sedang dirawat di hospital.

Polis kini sedang menyiasat motif kejadian berkenaan dan sudah mengenal pasti seorang suspek penyerang.

LEAVE A REPLY