Video seorang wanita memukul seorang warga emas di sebuah klinik di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul di ibu negara kini menjadi viral di Internet.

Menerusi rakaman 30 saat itu dapat dilihat wanita muda itu memukul kepala wanita tua itu yang berkemungkinan besar adalah ibunya.

Memang tidak patutlah bertindak sedemikian terhadap orang yang lebih tua dan kurang upaya daripadanya.

Mungkin dia ingat perlakuannya itu tidak diperhatikan tapi jangan lupa di zaman ini setiap apa perkara buruk yang dilakukan pasti ada sahaja individu yang sudah bersedia dengan telefon pintar masing-masing untuk merekodkan sesuatu insiden itu.

Namun, kita tak tahu apa yang terjadi sebenarnya, jadi kita tak bolehlah terus menilai, mungkin ada ‘drama’ lain yang telah berlaku sebelum itu.

Tapi, kami betul-betul tak bersetuju dengan perilaku wanita itu yang selamba je debik wanita warga emas terbabit.

LEAVE A REPLY