Bagi membolehkannya bercerai, seorang lelaki cuba menjual bayinya untuk membeli kereta seperti disyaratkan isterinya jika mahu bercerai.

Seorang bapa di bandar ini tergamak cuba menjual bayi lelakinya sendiri semata-mata mahu membeli kereta untuk isterinya supaya mereka boleh bercerai.

Menurut People’s Daily Online, lelaki dikenali sebagai Zhang itu ditangkap polis ketika menunggu pembeli di tepi jalan di bandar ini sambil mendukung anaknya yang berusia lima bulan dalam cuaca sejuk.

Polis menahan Zhang selepas curiga melihatnya berdiri di tepi jalan dalam keadaan gelisah manakala anaknya menangis kesejukan.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu berdiri di tepi jalan selama 10 minit sebelum dia ditahan anggota polis yang meronda.

Zhang kemudian mengaku sedang menunggu pembeli selepas mengiklankan anaknya di Internet dan menurutnya, seorang pembeli bersetuju membeli bayi lelaki dengan harga 80,000 yuan (RM52,000) .

Mereka bersetuju berjumpa di tepi jalan berkenaan untuk urusan jual beli itu.

Dia memberitahu polis, mahu menceraikan isterinya namun wanita itu memberi syarat dibelikan sebuah kereta dan mahu menggunakan wang jualan bayi itu bagi membeli kereta untuk isterinya.

Zhang juga berkata, dia berharap anaknya akan mendapat keluarga yang baik selepas dia bercerai.

“Susah untuk bercerai apabila kita ada anak,” katanya.

LEAVE A REPLY