Pakatan tentera diketuai Arab Saudi mendakwa pemberontak Houthi Yemen telah melancarkan serangan peluru berpandu ke negara itu apabila sebuah misilnya berjaya dipintas berhampiran Kota Suci Makkah, lapor AFP.

Tambah tentera pakatan lagi, pemberontak melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Makkah kelmarin dari wilayah Saada yang merupakan kubu kuat Houthi terletak hanya di seberang sempadan Arab Saudi.

Kota suci Makkah terletak 500km dari sempadan Arab Saudi-Yemen.

Ini merupakan serangan kali kedua yang dilakukan oleh pemberontak membuat serangan peluru berpandu di mana kali pertama adalah pada 9 Oktober lepas apabila gabungan tentera Arab berjaya memintas sebuah peluru berpandu di Taif, tapak pangkalan udara Saudi terletak kira-kira 70km dari Makkah.

Tentera Arab telah melancarkan serangan balas terhadap pemberontak dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan peluru berpandu tersebut dilancarkan.

LEAVE A REPLY