Seorang pembantu rumah warga Indonesia telah dihukum oleh majikannya berdiri di tengah panas terik matahari dengan memegang sebatang kayu semalam.

Lapor media tempatan, majikan wanita itu didakwa telah mengarahkan pembantu rumah itu berbuat demikian selama lebih satu jam hanya kerana hal yang remeh.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pangsapuri Clementi Ave 4, Singapura dan majikannya dipercayai tinggal di tingkat 8.

Menurut saksi, beberapa jiran yang melihat kejadian itu bertindak menghubungi pihak polis. Bagaimanapun, wanita berkenaan telah pulang ke rumahnya dan tiada sebarang tanda kehadiran polis.

Saksi sempat merakam kejadian yang menimpa wanita itu dan memuat naiknya di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan majikannya.

LEAVE A REPLY