Selepas kes sekumpulan remaja memanjat papan tanda perkataan ‘IPOH’ di sini, satu lagi aksi memanjat struktur tinggi di bandar raya ini viral di laman sosial.

Kali ini melibatkan aksi merbahaya seorang remaja lelaki yang memanjat dan berselfie di atas kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).

Rakaman video berdurasi 1 minit 22 saat itu yang dimuat naik di Youtube sudah mencatat lebih 7,000 tontonan setakat tengah hari ini.

Sementara itu, difahamkan syarikat pemaju bangunan dalam pembinaan itu sudah membuat laporan polis mengenai tindakan remaja tersebut di Balai Polis Sungai Senam di sini pagi ini.

LEAVE A REPLY